Friday, 24 December 2010

ZOOM VIETNAM 2010:Ho Chi Minh City

So, after Hong Kong trip sebulan lepas tu kami ke Bandar Saigon, Vietnam atau lebih dikenali sebagai Ho Chi Minh City. Trip kali ni sebenarnya untuk menggunakan point Enrich yang Akan expired tahun ni so yang kire okay is Vietnam. So our trip to Vietnam ialah dari 4th - 7th December 2010, 4 hari 3 malam so this is the story:-

4th December 2010 (Sabtu)











Kami bertolak ke bandar Ho Chi Minh City Vietnam dengan menggunakan penerbangan MAS untuk kali terakhirnya..huhu so flight jam 5.20 petang tapi seawal jam 2petang kami dah sampai di airport sebab nak lunch di lounge Dan macam biasalah menapau apa yang patut..hehe...walaupun flight kami di pintu H tapi tetap gigih ke pintu C semata- mata..hehe..lepas makan apa yang patut then kami gerak ke pintu H Dan baru tau rupanya di situ pun Ada Loungenya..apalagi masuklah sekali lagi...hehe Dan tiba-tiba Ada kejutan pulak aku dapat upgrade ke business class..haha..selama ni x pernah termimpi pun nak naik guna business class..so setelah merasa sekali lagi makan di lounge terus kami masuk dalam flight Dan teruja sebab naik business..hehe sorry lee..hehe..so perjalanan amble masa selama lebih kurang 2 jam..tapi sebab waktu di Vietnam lambat sejam dari Malaysia, kami sampai jam 6 lebih...lepas imigresen then keluar saja dari airport kami dijemput oleh teksi hotel berkongsi bersama sorang nenek mat salleh dari German yang travel selama 6 bulan kalau aku tak silap. Hotel yang kami duduk ialah Vy Khanh Guest House, yang telah di suggest oleh Samsuddin Dan Cikgu Chris...sampai je kami dikejutkan dengan keadaan jalan di Vietnam yang sangat sibuk...takut gile nak lintas jalan..huhu...so lepas check in Dan settle everything kami terus keluar balik...first stop adalah night market di sebelah Ben Thanh Market..memang banyak barangan yang dijual..dan yang paling penting punyalah ramai orang Malaysia siap penjual tu boleh cakap Melayu lagi...hehe..so kami just survey je tengok price...then kami terus berjalan ke bangunan City Hall.. Ambil gambar Dan jalan je...cuma keadaan jalan tu yang agak mencabar sebab nak melintas jalan tu dengan dipenuhi motor yang sangat banyak...so after that kami balik semula ke hotel sebab hari nak hujan...tapi sempatlah singgah di kedai painting yang harganya memang murah..

5th December 2010 (Ahad)






Hari kedua di HCM dimulakan seawal jam 8am sebab kami nak bertolak ke Chu Chi Tunnel iaitu one of the place yang kena visit kat sini...so kami ke sana menaiki bas bersama tourist yang lain...ramai mat salleh je..so dalam perjalanan kami sempat singgah di Handicapped Handicraft iaitu tempat jual Dan buat handicraft Dan istimewanya dibuat oleh Orang Kelainan Upaya yang effected by Vietnam-America war...cantik tapi aku tak beli apa-apalah... Then terus kami ke Chu Chi Tunnel..sampai je memang banyak pelancong, after pay the tickets kami terus dibawa mengelilingi kawasan ni dengan tourist guide yang memang best gile iaitu Po namanya...memang kelakar..heheh...so di kawasan ni kami dibawa melawat kawasan tinggalan masa perang Vietnam-America... Ada tunnel yang memang kecik giler...demo jerangkap samar yang memang horror..Dan paling best kami juga disajikan dengan ubi kayu Dan teh..heheh...merasalah jugak...kira kagum jugak dengan diaorang yang boleh hidup macam tu di hutan...dengan keadaan yang very sistematik...kemudiannya lepas habis melawat kami di'paksa' oleh PO untuk balik guna bot...mulanya kami taknak tapi lepas bargain takpelah..Cuba jelah...scenery very breathtaking cuma terasa lama yang amat sangat untuk sampai sampai bolehlah tertido dalam bot tu...huhu...kemudian lepas sampai terus ke hotel untuk solat then kami terus keluar balik untuk makan..jumpa kedai makanan halal tapi indian food..so makan jelah nasi goreng telur..sambung jalan, kami menyelusuri sekitar bandar HCM banyak jumpa kedai lukisan yang sangat cantik Dan murah tapi just survey jelah dulu... Kami kemudian terus mencari Hard Rock Cafe HCM tapi dalam perjalanan sempatlah bergambar di bangunan yang menarik seperti city hall, Ben Thanh Market Dan lain- lain. sempat juga bergambar di Jab Pelajaran Vietnam..hehe..then sampai di HRC apalagi aktiviti shopping pun bermula..sempat tangkap T shirt, bear Dan fedora Dan gelas...pastu kami berjalan balik, sempat singgah di Shopping Complex Dan juga yang paling penting sebelum sampai di Hotel, sempat singgah kedai tailor untuk buat suit, so kami dapat harga RM 150 je..apalaagi terus sambar, 2 hari siap...heheh pastu sempat lagi shoppipng painting sebelum balik hotel...

6th December 2010 (Isnin)











Hari ketiga di HCM kami mulakan dengan awal pagi iaitu jam 715 pagi kerana kami perlu gerak untuk menyelusuri Sungai Mekong...atau ke My Tho, perjalanan dengan bas Dan mengambil masa selama 3 jam..memang lama dan asyik tertidur je masa dalam bas..heheh so sampai dalam jam 10am kami terus dibawa menaiki cruise menyusuri Sungai Mekong Dan first stop adalah Floating Market, di mana di sini perniagaan borong especially barang pertanian seperti buahan Dan sayuran dijual...lepas tu kami singgah di satu pusat kraftangan Dan pembuatan makanan berasasakan kelapa, ada demo nak buat candy Dan sebagainya..then kami menyusuri lagi sungai Dan Kali ni dengan sampan yang lebih kecik sambil pakai topi Vietnam lagi..hehe..kami terus berjalan ke tempat lunch tapi memang take makan, just makan buah je...pastu solat di situ then lepas lunch dalam jam 2 kami dah nak bergerak balik tapi yang bestnya naik basikal...hehe...sampai je kami naik bot semula ke jeti...perjalanan balik ambil masa 3 jam juga sempat singgah di Hentian Rehat Dan Rawat yang memang breathtaking pemandangannya....sampai je di HCM kami terus ke salah sebuah restoran halal di sini...sangat penuh dengan rakyat Malaysia ye..huhu kami order nasi putih Dan beberapa lauk Vietnam, memang sedap Dan no wonderlah ramai orang...sempat Cuba kopi Vietnam Dan sempat beli lagi..hehe..pas makan kami terus memulakan penjelajahan semula, kali ni misi mencari souvenir di Night Market, sempat beli fridge magnet, key chain Dan Lee sempat juga beli dia punya kapal..huhu...pastu kami terus ke tempat tailor untuk fitting semula suit Dan memang impress sebab dalam 24 jam kami tengok jahitannya memang kemas...lepas je tu kami terus ke kedai painting Dan sempat juga aku shopping tiga lukisan denguan harga RM160 jek...memang murah Dan tak sabar nak gantung di Ixora...hehe..lepas tu jam dah kul 11..kami terus pulang semula ke hotel..

7th December 2010 (Selasa)











So, tak sedar dah last day kat HCM. Kami mulakan harini dengan lawatan City Tour je, Dan kami terpaksa ambil half day sebab flight jam 6 takut tak sempat. Aktiviti start jam 8 am dengan menaiki van dikongsi dengan 2 adik beradik Aussie yang memang peramah Dan satu family dari Malaysia yang agak berlagak ye..huhu..so first place yang kami pergi ialah War Museum HCM yang menempatkan pelbagai info especially tentang perang Vietnam-Amerika, banyak model kapal pejuang, kereta kebal, model penjara Dan sebagainya. Yang paling menyentuh sebab dapat tengok sendiri betapa kejamnya peperangan tu mengakibatkan banyak yang cacat akibat penggunaan bomb phosphorus Dan chemical weapon yang lain...cuma tak sempat menikmati sangat info dalam tu sebab kami ikut pakej kan...lepas tu kami diajak minum kopi di sebuah restoran..dah minum baru tau tu kopi tahi musang...hehe..lepas tu kami ke sebum Chinese Temple yang paling famous di Vietnam..sebenarnya kalau nak tau kat Vietnam ni memang tiada agama rasmi sebab kebanyakannya ialah free religion..lepas bergambar sekejap kami terus dibawa ke China Town dan singgah di market yang memang murah sangat kainnya..Lee sempat sambar kain linen untuk baju raya Dan aku sempat beli dua kain Vietnam Silk untuk mak..lepas tu kami terus dibawa ke hotel semula..kami pergi ambil suit yang dah siap, pastu terus check out dari hotel, tinggal dulu barang Dan kami makan di V.N Halal restaurant, kami cuba popia die Dan specialty Vietnamese iaitu Pho' memang sedap..hehe..pastu terus berkejar ke Ben Thanh Market untuk last minute shopping iaitu nak beli tshirt Vietnam..pastu terus berkejar balik ke hotel untuk ambil barang Dan teksi ke airport...flight HCM-KLIA kitaorang jam 655 so sempatlah lagi shopping poskad Dan topi Vietnam,..hehe Dan paling best bila seat kitaorang upgrade jadi business class!yeah!hehe...

So..trip to HCM boleh dikatakan best cuma mungkin kami boleh ambil masa lama sikit sebab boleh ke Phnom Penh, Cambodia sebab naik bas dalam 6 jam je..tapi apapun excited untuk next trip Korea...sebab kami pergi masa winter so bleh main salji!yeah..hehe..

- Posted using BlogPress from my iPad


Location:Jalan 9/4,Bandar Baru Bangi,Malaysia

Wednesday, 22 December 2010

ZOOM HONG KONG 2010

Dah lama rasanya x update blog yang dah bersarang ni..so kali ni aku nak kongsi pengalaman,gambar semasa aku trip ke Hong Kong. Aku dan lee ke Hong Kong pada 3-7 November 2010. Fly with Malaysian Hospitality so semangat sikit sebab bukan saja nak ke Hong Kong tapi yang paling excited sebab nak masuk international golden lounge..hehe so flight kami jam 9.15 am..sampai di KLIA jam 6.40am, lepas check in bag and everything terus ke terminal antarabangsa dan terus ke golden lounge. memang besar yang amat dan banyak sangat makanannya.So, apalagi aku dan Lee memulakan sesi sarapan dan menapau roti+susu+biskut dan lain-lain..hehe..so after that terus ke boarding area dan memulakan perjalanan kami..perjalanan ke Hong Kong ambil masa lebih kurang 3 jam lebih..so aku akan story by harilah kan...:-

3 Nov 2010 (Rabu)




Sampai di Hong Kong jam 1.00pm, lepas pemeriksaan imigresen dan ambil bagasi kami terus ke HK Tourism Board di luar airport. Memang superb Information Counter HK ni sebab layan dengan penuh baik dan informative. Then kami terus beli ticket MTR dan keluar terus beli ticket disneyland sebab cadangannya nak pergi Disneylandhari Sabtu takut ticket habis sebab tu beli awal. Lepas settle everything kami terus naik MTR untuk ke Hotel, dari Airport kami naik MTR ke Central dan terus ke Chai Wan. Kami check in di Hotel Y-Loft. Memang best gila hotel ni dan superb!Dengan harga RM725 untuk 4 hari kami dapat hotel 4 bintang!Memang selesa, kemudahan yang complete memang sangat-sangat puas hati. Lepas freshen up kami terus keluar semula dan destinasi pertama kami adalah Kowloon so naik MTR ke Tsim Sha Shui, kami sempat ke Space Museum dan seterusnya ke Avenue Of Star bagi menonton Symphony Of Light..di Avenue Of Star tu kami jalan sampai hujung dan ambil gambar dengan setiap famous star kat situ..heheh..then jam 8pm bermulalah Symphony Of Light..walaupun sekejap tapi memang cantik sangat!Pastu kami terus ke area Kowloon nak cari halal food tap tersilap tempat sebab yang kami pergi bukanlan islamic centre die, so memang takda kantin rupanya kat situ. Then kami dibawa ke tempat makanan Arab+Pakistan dan India tapi macam take selesa terus keluar. Last-last makan jugak di sau restoran kat area tu, makan nasi beriyani ayam.Lepas makan kami terus naik MTR nak ke Ladies Market yang macam Chow Kit rupanya, sempatlah beli beberapa souvenir seperti keychain dll.Lepas habis kami terus naik MTR balik dan terus balik ke Hotel..

4 Nov 2010 (Khamis)





Hari Kedua di Hong Kong kami mulakan dengan target utk bersiar di bandar Hong Kong Dan seterusnya mencari Hard Rock Cafe Hong Kong. So kami mulakan dengan menaiki MRT menuju ke Central Dan terus menuju ke Hong Kong Convention Centre utk melawat convention centre dan architecture yang menarik iaitu Bauhinia Square, ada bunga Lotus nye monumen kat situ, sempatlah singgah di kawasan pelabuhan di sebelah utk bergambar.Kemudiannya kami sebanarnya dah lost sket sebab tertinggal Map di toilet..hehe sebab rancangnya nak jalan sebagaimana dalam plan map tu tapi dah tertinggal terpaksa guna maklumat apa yang ada je..so kami terus berjalan ke Hong Kong Park,sebuah taman di tengah-tengah bandar Hong Kong..kami jalan keliling,tak berapa menarik sangat compare dengan Botanical Garden Singapura. Kemudiannya, kami bergerak ke Waterfront di Causeway Bay utk melawat Noon Day Gun..Ada monumen meriam yang Akan didaskan pada jam 12 tghari tapi kami tak tunggulah sebab Ada banyak lagi tempat nak pergi...then kami berjalan menuju ke Times Square tapi sempatlah singgah di cross harbor tunnel iaitu terowong yang menghubungkan Hong Kong dan Mainland China...pastu perjalanan diteruskan, mula2 kami singgah di Sogo di causeway bay..mencuci mata kalau ada yang menarik then terus ke Times Square rancangnya Mahu membeli iPad tapi sold out, kecewalah jugak..sempatlah singgah di Zara Dan M&S tapi takda yang menarik sangat.Then perut dah Lapar kami terus mencari tempat makanan halal kat Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre...memang alhamdulillah dapat makan makanan halal..yang dah lama kitaorang nk makan..hehe..so apalagi melantaklah nasi goreng Chinese style dgn dim sum yang halal..memang best!Pas solat kami terus berjalan Dan Kali ni nak try Tram yang memang kena Cuba kalau ke Hong Kong ni...kami berhenti di bandar Dan berjalan di sekitar bangunan pencakar langit di Hong Kong seperti HSBC..Bank of China Dan lain-lain yang memang cantik pemandangannya..kami terus jalan kaki utk ke The Peak Dan Maddam Tussaud..utk ke atas kami ken a naik tram yang memang 45 degrees punya kecondongan..agak seram tapi memang breathtaking pemandangannya...sampai di atas kami masuk dulu ke Maddam Tussaud Dan memang ambil masa yang lama kat situ sebab banyak sangat patung lilin yang Ada Dan satu patung jek sekurang-kurangnya 4 keping sorang.. maklumlah jakun kan..hehe..banyak sangat patungnya...then kami terus ke Hard Rock Cafe Shop utk biasalah shopping tapi tak ban yak sangat pilihan yang Ada so beli baju jelah...pastu kami terus nak naik ke The Peak tapi hujan memang agak lebat Dan katanya pemandangannya dari atas tu kabur so kami tunggulah kejap..mula2 macam tak nak naik tapi akhirnya naik jugalah...memang amat cantik Dan sejuk sangat...cuma malam taklah nampak apa sangat tapi still boleh tengok bandar Hong Kong dari atas...pas tu kami terus turun balik Dan sempat ambil gambar di depan Bank Of China sebelum terus ke Mongkok untuk jalan-jalan kalau Ada yang mau di beli...then jam 11 kami terus naik MRT semula balik ke Hotel..

5 Nov 2010 (Jumaat)




Third day di Hong Kong dimulakan dengan hari yang tidak baik sebab kami terlewat bangun..huhu jam 10.00 baru tersedar sedangkan pelan asalnya mau ke Macau harini..so terpaksa tukar plan...bangun..sarap Dan terus solat kami terus gerak ke Disneyland..perjalanan menaiki MRT yang memang convenience Dan very Disney...sampai di Disneyland jam 2pm..dah lewat sangat sebenarnya tu dengan cuaca yang memang take mengizinkan..hujan selebat-lebatnya..lupa nak cakap kami sempat beli payung kat Maning a.k.a Guardian...rancangan nak cari baju hujan yang vogue tapi x jumpa..so sampai di Disneyland memang tertawan sangat-sangat...terus bergambar walaupun hujan..hehe..sampai je memang nasib baik jump a Mickey Dan Minnie Dan lain-lain karakter..so apalagi bergambarlah..kami mula dgn Main Street U.S.A.then terus ke Tomorrow Land..buzz light year nye tempat...Pastu kami terus ke Fantasy land dimulakan dengan Small World...memang sangat cantik castle die Dan kami dibawa naik macam sampan Dan mengelilingi dunia kecil dengan diiringi lagu small world...sampai Sekarang terngiang-ngiang lagi..hehe..pastu kami menaiki Flying Dumbo Dan Cinderella Carousel tu...rasa cam budak-budak je..hehe..then kami bergegas ke nak tgk show Mickey and friends 3D!memang superb!pastu kami g naik train keliling seluruh Disneyland...sebab nak kejar masa sebab kami baru tau yang Disneyland ni tutup kul 7 then kami pergi sekejap ke Sleeping Beauty castle Dan terus ke AdventureLand..first thing yang kami try adalah Jungle Cruise River macam boat utk rentas sungai cabaran...memang adventure and banyak effects...pas naik tu kami terus tengok satu lagi teater lion king musical...so colorful....habis je tu kami tgk Sumer dah gelap apalagi laju je jalan ke main street untuk shopping...sambil shopping jam 7 Ada show fireworks kat castle macam selalu Ada dalam tu...sambung shopping memang banyak aku beli..thsirt...patung Mickey...souvenirs..kira habis gaklah juke RM500 kat situ...huhu....then sebelum balik memang kitaorang sakan bergambar kat main street tu sampaikan jadi last person yang keluar dari Disneyland tu...hehe kat luar pun bergambar jugak...hehe...memang seronok sangat2..selama ni nampak kat tv je skaranag experience sendiri....pastu kami terus ke mongkok untuk cari my iPad...alhamdulillah kedai Sumer masih bukak lagi..Dan hajat memilikki iPad..hehe aku beli kat New Vision apple store dengan harga RM2600 utk 3G 32 GB...pas tangkap tu...kami Gegas balik ke hotel takut terlepas train...tapi sempat jugak tu survey perfume yang memang murah gile....

6 Nov 2010 (Sabtu)






Harini kami berjaga-jaga sebab takut terbangun lewat lagi...hehe sebab plannya harini nak ke Macau Dan kami kena catch boat jam 9.00...lepas rushing alhamdulillah kami dapat catch boat jam 9 walaupun terpaksa berAmazing Race..hehe..suasana boat memang selesa Dan bersih Dan besar...tak rasa sangat sebab perjalanan very smooth walaupun hujan yang lebatnya....sampai di Macau lebih kurang jam 11..kami terus ambil shuttle bus ke City Of Dreams...sebab first thing kami kena shopping kat HRC dulu...so sampai je...lepas tgk City Of Dreams kami pun shoppinglah di Hard Rock Hotel Macau..banyak barang cuma takda saiz je baju dia...hujan memang lebat sangat so perjalanan agar perlahanlah...then kami ke bangunan depannya...nama die Vientiane...rupa-rupanya casino..tapi banana dia memang sangat cantik...pastu kami terus nak cari shuttle bus ke Bandar Macau..tapi terpaksa merentasi casino nye...hehe punyalah ramai umat yang gambling ni..huhu...then kami naik bus sampai ke Macau pastu naik shuttle ke Grand Lisboa Hotel utk Senado Square yang mana menempatkan Macau World Heritage...so kami sempat singgah di Cathedral Square..Mount Fortress Dan kawasan sekitarnya...tapi semuanya kena rushing sebab kami kena balik dengan ferry jam 5pm..cuaca pulak asyik hujan so agak melambatkan perjalanan.. Then kami terus berjalan nak terminal ferry Dan sambil tu bergambar lagi di bangunan pencakar langit di Macau ni Dan mereka juga Ada lotus square..Dan pelbagai casino...feri yang kami naiki jam 5pm Dan sampai semula di Hong Kong jam 7, kami terus mencari makan di Islamic Centre Mencuba nasi goreng Dan kuey teow..lepas makan kami terus menaiki feri menuju ke Kowloon sambil menonton symphony of light dalam feri...then kami terus ke shopping complex di situ untuk Lee cari Zaranya...so at last dapatlah jugak beli fedora kat situ..hehe..pastu jalan lag di sekitar bandar Kowloon sebelum balik Hotel sebab nak packing coz esok dah nak balik....

7 Nov 2010 (Ahad)





Last Day di Hong Kong...malasnya nak balik tapi terpaksa jugak..huhu so seawal jam 8 kami dah checkout sebelum terus ke Central utk check in...alhamdulillah boleh check in dulu kat situ...pas check in kami terus lari ke western market yang x sempat nak singgah lagi, bangunan memang kolonial tapi dalam tu takda benda sangat pun...hehe..pas jalan sekitar kul 11.30 pagi kami naik semula MRT ke airport sebab flight jam 2pm..sempat lagi singgah Disneyland store utk shopping lagi..huhu..flight jam 2 naik MAS sampai je kami ke Golden Lounge untuk melantak sampailah jam 9 lebih..hehe...

So conclusion trip Kali ni memang best cuma banyak tempat kami tak explore lagi sebab time yang sangat limited...hope to visit again Hong Kong ni...:-)