Tuesday, 14 September 2010

Jalan-Jalan Lebaran

5 Syawal 1431H-hari ni sesi jalan-jalan lebaran diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya..kami anak beranak ke rumah kak Long, cik meloq,paman ambiah dan paman kadis..memang meriah dengan keluarga hj othman ngan rahimah ni..aku pun terpaksalah membatalkan diet aku dengan melantak habis-habisan..ada laksa Penang,kuey teow,mee sup dan macam-macam lagi..sekali sekala kan...:-)



-mee sup Paman Kadis-


-kuey teow Paman Ambiah-


-laksa Penang Cik Meloq-

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Padi Malinja 11,Johor Bahru,Malaysia

Sunday, 12 September 2010

JJCM:Restoran Osman

4 syawal 1431H- bersarapan pagi dgn Roti Sardin Dan Nescafe Ais..restoran lain semua belum buka lagi..:-)







- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Padi Emas 4/5,Johor Bahru,Malaysia

Friday, 10 September 2010

Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa W.P Labuan 2010


Pada 22 Julai 2010 berlangsung Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa di UMSKAL Labuan dan yang paling istimewanya Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia..dan yang paling istimewanya sekali sudah tentu Pengumuman Pengembalian Status Jabatan Pelajaran W.P Labuan..Alhamdulillah kerja keras dari semua pihak berbaloi dengan apa yang diumumkan..terima kasih Y.A.B Tan Sri kerana memahami isi hati seluruh masyarakat Labuan..

ZOOM BRUNEI 2010





Sebenarnya Lawatan ke Brunei ni dah lama dah iaitu 6-8 Julai 2010 yang lalu namun aku tak berkesempatan nak berkongsikan cerita dan gambar-gambar sepanjang lawatan.Lawatan Pengantarabangsaan ke Brunei turut disertai oleh Pengarah, Pengetua, Guru Besar dan rakan-rakan Jabatan yang lain. Terlanjur lawatan tu, aku buatlah sekali konsep Zoom Brunei ni..So pada pandangan aku, Brunei memang negara yang kecil dan tak banyak sangat tempat-tempat menarik tapi mungkin aku just mengikut lawatan jadi mungkin banyak tempat lain yang tak berkesempatan nak pergi. Cuma aku sempat melawat masjid utama Brunei atau known as Masjid Kubah Emas, Istana Nur Iman, Pasar and shopping complex dan selebihnya hanya mengikut aturcara lawatan. Aku perhatikan tak banyak sangat bangunan tinggi di Brunei sebab dengarnya sultan Brunei dulu kata bangunan tak boleh tinggi dari Menara Masjid Kubah Emas tu..lagi satu masjid kat sini memang besar walaupun di kawasan perumahan.Aku jgak sempat menikmati makanan yang popular di Brunei iaitu Nasi Katok (nasi yang hanya berlaukkan ayam + sambal yang memang khas) dengan harga BD1.00, memang murah dan sedap!

Salam Lebaran 2010


Bertemu lagi Syawal 1431 Hijrah..Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan taulan yang mengenali diri ini. 3 tahun beraya tanpa insan bergelar bapak kemeriahannya memang sudah tidak dirasai namun hati perlu tabah dalam menghadapinya. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kekasaran dan kesilapan sepanjang perkenalan...Salam Eid-Ul-Fitri..