6 Mac 2009 (Jumaat)
Dah lama rancang nak bercuti sama-sama dengan Sentapz yang lain and finally, jadi juga plannya. Walaupun tak semua Sentapz yang join tapi agenda tetap diteruskan. Thanx to Lee kerana yang menyetelkan semua pasal tiket, pakej and everything. So pada 6 Mac 2009(Jumaat),aku,lee,kam, kak intan, myra and anaqah bertolak ke Perlis dengan menaiki bus di hentian kajang. kenapa bas?hehhe bajetler, lagipun sekali sekala naik bas ni okya jugak kan. So, perjalanan bas bermula jam 10.00mlm dan sampai kira-kira jam 6.00pagi!lama tuh, tapi tak terasa sangat sebab tidor jek kan.
7 Mac 2009 (Sabtu)
Sampai je di Kangar, Hadi (orang besar Perlis) terus ambil kitaorang untuk freshen up kat umah dia. Thanx hadi!sambil mencari tiket feri, kitaorang sempat jugak beli breakfast dekat sekitar perlis. makan capati ngan sardin!best!then lepas mandi semua, bertolak ke kuala perlis, feri kitaorang jam 10.00 pagi. Punyalah ramai orang..huh!perjalanan naik feri ambil masa lebih kurang 45 minit camtu. Sampai jek kat jeti dah ada orang tunggu untuk ambil kereta sewa kitaorang dan terus bergerak ke hotel. Nama hotel Langkawi Boutique!dekat pantai chenang. oklah hotel dia, besar, ada swimming pool..heheh. Then after rehat sekejap. kitaorang bergerak untuk makan tengahari di restoran berdekatan, ikan bakar memang best!pastu terus ker UNDERWATERWORLD LANGKAWI yang tak jauh pun dari hotel...hmm tempat ni mungkin menjadi favouritelah kepada yang suka hidupan laut kan, kalau bagi aku just biasa-biasa jek..hehehsetelah menghabiskan masa di situ, kitaorang bergerak ke PANTAI CHENANG yang berhadapan dengan hotel. Punyalah ramai orang, tak mandi pun just menghayati suasana pantai..hehe balik terus terjun kolam. Lama tak berenang walaupun kan..hehehmalam macam biasa cari makan...
8 Mac 2009 (Ahad)
Hari kedua di langkawi kami semua bangun awal untuk ISLAND HOPPING, jam 9.00 pagi dah terpacak kat jeti nak naik bot, antara aktiviti yang ditunggu oleh kitaorang!First pulau kitaorang pergi, PULAU BERAS BASAH, aku pun tak tau kenapa dipanggil camtu tapi mungkin sebab pasir kat pulau dier memang putih macam beras!sempatlah mandi-manda walaupun panas tak ingat!then lepastu kitaorang tengok EAGLE FEEDING, snap gambar kemudian ker TASIK DAYANG BUNTING. orang kata kalau mandi kat tasik tu, insyaallah dengan izin Allah dipermudah untuk bunting (yeker?) hehe that;s why aku tak mandi kat situ..hehe takdalah air kat tasik tu dalam sangat, tak gheti berenang so aku, kam duduk lah sambil cecah kaki dalam air jek. very beautiful place, sangat cantik pemandangan!then after that terus balik dan dalam perjalanan tu bolehlah pulak boat yang kitaorang naik tu rosak, terpaksalah menunggu lama sambil tertidur aku kat situ!haha balik kitaorang rehat jap then terus ker GUNUNG MAT CINCANG untuk naik kereta kabel. pada awal agak gerun jugak!seram jek aku tapi dah lama-lama okay..memang menarik sangat pemandangan yang sangat menarik!tak sangka idea nak buat kereta kabel kat situ kan!then after naik kereta kabel dan mendaki gunung kat situ, kitaorang terus ke bandar KUAH untuk membeli belah. Aku shopping coklat jek, beli untuk orang, beli untuk diri sendiri. After dinner balik hotel
9 Januari 2009(Isnin)
Last day kat Langkawi and i had a bad day!!sakit perut yang amat sangat,demam segala macam sakit datang..had breakfast sket then terus bertolak ke jeti!!amek feri kul 11.00 sampai jek hadi dah tunggu siap ada kereta SUK lagik!terus pecut sampai ke alor setar jam 1.15pm coz bas kul 1.30pm. alhamdulillah sepanjang jalan walaupun sakit lagik tapi oklah...sampai KL kul 9.00pm...
So tu jerlah cerita kami di Langkawi..walaupun singkat tapi best!cuma kalau ke Langkawi ni kena pergi 5 hari barulah dapat lawat semua tempat...sebenarnya banyak tempat menarik kat malaysia ni...so ZOOM Malaysia..ZOOM Langkawi!!