Tuesday, 13 November 2007

Melewati Setahun

15.12.2007

Tanpa aku sedar setahun telah berlalu, arwah ayah meninggalkan kami. Rasa rindu sentiasa menebal, rindu dengan suara yang sentiasa mendoakan anaknya, rindu dengan wajah yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, rindu pada senyuman yang sentiasa terukir biar dilanda masalah, rindu dengan segala-galanya. Setahun juga melihat mak yang di luarnya senyuman, di dalamnya tangisan, aku tahu dia rindu namun hidup harus diteruskan. Ya Allah, amankanlah bapak di dalam liangnya, tidurkanlah dia, tempatkan dia di dalam syurgamu Ya Allah.Amin.Melewati setahun lagi tanpa seorang insan bergelar bapak.Al Fatihah.

Dance With My Father

Back when I was a child
Before Life removed all the innocence
My father would lift me high
And dance with my mother and me and then

Spin me around till I fell asleep
Then up the stairs he would carry me
And I knew for sure
I was loved

If I could get another chance
Another walk, another dance with him
I'd play a song that would never, ever end
How I'd love, love, love to dance with my father again

Ooh, ooh

When I and my mother would disagree
To get my way I would run from her to him
He'd make me laugh just to comfort me, yeah, yeah
Then finally make me do just what my mama said

Later that night when I was asleep
He left a dollar under my sheet
Never dreamed that he
Would be gone from me

If I could steal one final glance
One final step, one final dance with him
I'd play a song that would never, ever end
'Cause I'd love, love, love to dance with my father
again

Sometimes I'd listen outside her door
And I'd hear how momma would cry for him
I pray for her even more than me
I pray for her even more than me

Sunday, 4 November 2007

P Ramlee The Musicale:Tanda Aras Teater Melayu

Sudah lama aku beli tiket untuk menonton P Ramlee The Musical ni, rasa-rasanya masa a month before teater ni bermula sebab aku tau mesti sold out punya kalau beli lambat and betul kata aku, nasib baik aku dapat 3 tiket, aku, kak maz and lee. Kitaorang beli tiket RM80 sebab nak duduk depan sket, yelar barulah berbaloi kan, ala-ala beli RM50 duduk atas, tambah RM30 lagi dah boleh duduk bawah. So, kami bertolak dari Seri Kembangan jam 6.00pm, sampai kat Sungai Besi punyalah jam, aku pun tak tau sebab apa yelar jam 7.00pm kat sungai besi lagi, teater tu start jam 8.30pm. Tapi Alhamdulillah, sempat sampai Istana Budaya kul 7.45pm, solat dulu then jam 8.15 terus masuk dewansari walaupun perut masing-masing tengah lapar giler.So tempat duduk kitaorang H14,H15,H16 dan seperti yang ku jangka, tempat duduk memang happening, tengah-tengah dan depan, boleh rasa gegaran orkestra punya muzik dari situ.Lagi satu, sebab harini final show aku expect satu persembahan hebat dari semua sebab yelar last kan kena all out!!So persembahan bermula tepat 8.30 malam. Persembahan dimulakan dengan segmen prolog P Ramlee menikmati hari-hari terakhirnya bersama-sama Saloma di Kuala Lumpur sambil beliau mencipta lagu Air Mata di Kuala Lumpur. Seterusnya segmen kedua ketika zaman P Ramlee kanak-kanak di Pulau Pinang, P Ramlee(Syafie a.k.a Mukhsin), Sukardi (Emer My Starz LG) dan Azizah. Aku cukup terhibur dengan segmen ni, dengan propsnya yang hebat, lagu-lagu baru yang segar, kareografinya. Memang satu permulaan yang baik. Tak sangka Emer yang nampak penakut di Konsert My Starz dapat memberikan lakonan yang baik. Seterusnya segmen Fun Fair, pertama kali P Ramlee (Sean Ghazi)menyanyikan lagu Azizah dan kemunculan pertama Datin Seri Siti Nurhaliza sebagai Azizah. Lagu Azizah diguba mengikut style baru namun tetap segar dan yang bestnya lagu Mulanya Cinta nyanyian Siti!!Walaupun orang cakap lakonan Siti kaku tapi bagi aku ia adalah satu permulaan yang baik bagi Siti. Kemunculan Azizah walaupun sekejap tapi tetap memberi kesan. Jangan dilupa kemunculan watak B.S Rajhan pemilik Malay Filim Production ketika segmen di Fun Fair!!lagu yang dinyanyikan memang best!!Seterusnya segmen yang paling gempak!!Tiba-tiba keretapi lama muncul di DewanSari!!memang happening. Segmen menceritakan PRamlee akhirnya terpaksa ke Singapura bagi mengejar cita-citanya dan meninggalkan Azizah. Seterusnya segmen di Studio Jalan Ampas, menyaksikan bagaimana P Ramlee bermula sebagai clapper boy saja pada awalnya sebelum menjadi bintang terkenal di seluruh nusantara. Kemunculan Junaidah (Atilia), Junainah (Zeqhty Audition) dan bapaknya amat menarik!! Berkahwin dengan Junaidah atas bukan dasar cinta menyebabkan perkahwinan PRamlee goyah ditambah dengan rasa cemburu Junaidah tatkala PRamlee sedang menempuh zaman kemasyurannya menyebabkan mereka bercerai. Aku suka sangat dengan lagu Junaidah!!Seterusnya zaman beralih ke Shaw Brothers menyaksikan kemunculan Norizan (Melissa Saila) seorang permaisuri yang sanggup meninggalkan istana kerana cintanya kepada PRamlee. Memang berkesan lakonan Melissa Saila!!Dengan gaya orang kaya, memang nampak Norizan lonely kerana sering ditinggalkan P Ramle yang sibuk mengejar kerjayanya. Walaupun vokal Melissa agak kasar tapi sesuai dengan lagu yang dinyanyikannya. Seterusnya segmen P Ramlee bersama-sama Saloma (Liza Hanim). Bagi aku, Liza Hanim memang sangat sesuai menjadi Saloma and dialah yang paling best antara yang lain. Dengan suara yang merdu dan lakonan yang menjadi!!Liza You Rocks!!Aku paling suka masa segmen diaorang nyanyi lagu Gelora masa scene Seniman Bujang Lapok. memang kelakar and tak sangka Sean Ghazi pun boleh buat lawak!!Kemudian segmen perpisahan Singapura dengan Malaysia menyebabkan Shaw Brothers ditutup dan P Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur. Segmen terakhir melihat kembali P Ramlee dan Saloma di hari-hari terakhirnya, P Ramlee a.k.a Remy bertanya kepada Saloma adakah orang akan mengingatinya jika dia sudah tiada....yang pasti jawapannya ya, semua orang tak kira tua, muda semua mengagumi karya-karya hasil Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Akhirnya aku puas dengan teater ini. Satu lagi hasil hebat Enfiniti Productions. teater ini meletakkan satu lagi aras kepada teater melayu. Enfiniti juga menyebabkan masyarakat Malaysia yang satu ketika dulu memandang rendah kepada teater kembali untuk menyukai teater ini. Antara perkara yang aku kagum mengenai tetaer ini:

1) Propsnyer!!Tahniah Raja Malik!!Dengan keretapi, set di studio Jalan Ampas, Kereta milik P Ramlee, Studio Shaw Brothers dan The New World Hotel memang mengagumkan!!

2) Segmen P Ramlee menonton filemnya pertamanya Penarik Bheca di mana menyaksikan dua wanita dalam hidup P Ramlee Norizan dan Saloma saling berkonfrontasi dengan diri mereka.

3) Segmen P Ramlee mendapatkan inspirasinya dengan nama Azizah dalam hatinya.

4) Jangan dilupa kemunculan Infinatez sebagai paparazzi juga cool!!Aku suka lagunya

Teater yang best!!Aku menunggu kemunculan teater bermutu dari Istana Budaya lagi!!