Saturday, 17 June 2006

Al Fatihah

Aku ada berita sedih nak ceriter....dalam dua minggu yang lepas Encik Ahmad Bin Ali, EO Mahkamah Sabah telah meninggal dunia kerana diberitakan akibat daripada sakit jantung. At First aku dengar memang terkejut, macam tak percaya tapi itulah hakikatnya, bila-bila masa, walau di mana kita, Allah tetap akan mencabut nyawa setiap hambanya. Kalau ada sesiapa yang baca blog nie dalam tajuk 'Welcome To Beaufort', Encik Ahmad yang aku ceritakan tulh orangnya. Tak sampai sebulan aku kenal. Mungkin dah takdir hanya tak sampai sebulan saja lagi dia arwah akan bersara. Ketika aku berjumpa dengannya, memang dari riak wajah arwah sudah tak sabar-sabar nak bersara sampai arwah kata kat aku, "Lepas ni kalau En. Salekhan datang sini tak jumpa saya lah lagi." Aku hanya tersenyum sambil kehairanan sebab kalau aku datang bulan 5 ni arwah still tak bersara lagi tapi mungkin ianya tanda-tanda awal tanpa aku sedari. Di atas catatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Ali kerana layanan yang cukup baik ketika aku berkunjung ke Sabah. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn......AL FATIHAH

No comments:

Post a Comment