Saturday, 17 June 2006

Kemuncak Mei

Kalau korang semua peminat Rancangan Realiti Bulan Mei ni tentunyamenjadi bulan yang ditunggu-tunggu. Kalau kat US kebanyakan reality shownya dah nak habis dah sampai ke season finale manakala kalau kat Malaysia pulak baru nak mula. So harini aku nak bercerita sikit tentang reality show yang sememangnya menjadi antara rancangan favourite aku:

Season Finale:

1. Survivor:Exile Island


Rancangan realiti yang dah masuk musim ke 12, sudahpun sampai ke penghujungnya. Kalau kat Malaysia memang tak habis lagik tapi kalau kat Singapore season finale ditayang serentak dengan US pada Isnin,15 Mei 2006. Dan Aras Baskauskas, 25 tahun bergelar the Sole Survivor untuk kali ni. berdepan dengan Danielle DiLorenzo untuk final 2, Aras memang tak bermasalah untuk menang sebab tengok dari cara dia main memang bagus. Terry pulak kena buang sebab tak menang the last immunity. So after this Survivor:Cook Islands. Akan mula ditayang maybe September ni so tak dapatlah aku tengok sebab DPA dah start...:(


2. The Amazing Race


The Amazing Race pun dah sampai finalenya iaitu harini tapi aku dah baca result kat website www.cbs.com so cam taklah nervous sangat nak tau siapa menang. So akhirnya yang dapat 1 million ialah pasangan BJ & Tyler a.k.a The Hippies. memang non expected!!Sebab kat final race dieorang bertarung dengan Eric & Jeremy a.k.a The Frat Boys kat roadblock tapi Eric buat mistake so menang kat The Hippies!! Tapi maybe strategi dieorang bagus sebab amik the last Fast Forward so dieorang bleh bergerak dulu the next day dari yang lain tapi takpalah kena tengok gak malam ni!!



3. American Idol


American Idol pun sama, minggu depan adalh season finalenya di Kodak Theatre. Sekarang ni still final three lagi iaitu Taylor, Katharine and Elliot. Dan aku baru baca website sekejap, The Final Two are Katharine Mcphee and Taylor Hicks so haha memang favourite aku this time is Kat!!walau aku tau Taylor akan menang nanti tapi takpalah janji Kat masuk final so kalau nak ikutkan dari performance semalam, dieorang nyanyi tiga lagu. First song chose by Clive Davis,2nd song from the judges,3rd song by their own. Taylor memang konsisten untuk tiga-tiga lagu, Kat pulak marvellous kat Somewhere Over The Rainbow and Elliot pun not bad tapi dua-dua pun deserve ke final. So watch out for the final..siapa agaknya lepas Carrie Underwood ek..

Taylor_1 vs Katharine

Season Premiere:

1. Akademi Fantasia 4


Bahana AF dah bermula!!20 orang pelajar untuk Konsert Prelude dah diumumkan termasuklah seorang peserta wanita yang bertudung dan seorang peserta berbangsa Cina dari Kelantan so siapakah 12 pelajar yang akan mengisi malam-malam anda, nantikan Konsert Prelude Akademi Fantasia 4 pada 28 mei 2006, Ahad, 8.30 malam!!

2. One in A Million


Rancangan yang buat pertama kali ditayangkan di Malaysia dan menawarkan wang tunai 1 juta kepada pemenangnya so nantikan Season Premiere pada 26 Mei 2006, 9.30 malam hanya di 8tv.

My Baby You




Inilah 'baby' baru aku. Baru 'lahir' sebulan yang lalu. First payment pun tak bayar lagi so selamat tinggal JEAH, selamat datang JJR 4805

Al Fatihah

Aku ada berita sedih nak ceriter....dalam dua minggu yang lepas Encik Ahmad Bin Ali, EO Mahkamah Sabah telah meninggal dunia kerana diberitakan akibat daripada sakit jantung. At First aku dengar memang terkejut, macam tak percaya tapi itulah hakikatnya, bila-bila masa, walau di mana kita, Allah tetap akan mencabut nyawa setiap hambanya. Kalau ada sesiapa yang baca blog nie dalam tajuk 'Welcome To Beaufort', Encik Ahmad yang aku ceritakan tulh orangnya. Tak sampai sebulan aku kenal. Mungkin dah takdir hanya tak sampai sebulan saja lagi dia arwah akan bersara. Ketika aku berjumpa dengannya, memang dari riak wajah arwah sudah tak sabar-sabar nak bersara sampai arwah kata kat aku, "Lepas ni kalau En. Salekhan datang sini tak jumpa saya lah lagi." Aku hanya tersenyum sambil kehairanan sebab kalau aku datang bulan 5 ni arwah still tak bersara lagi tapi mungkin ianya tanda-tanda awal tanpa aku sedari. Di atas catatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Ali kerana layanan yang cukup baik ketika aku berkunjung ke Sabah. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn......AL FATIHAH