Wednesday, 19 April 2006

J....Suatu Kenangan

Dah lama rasanya aku tak bermadah. Sejak meninggalkan zaman Redaksi masa sekolah dulu aku dah jarang menulis tapi rasanya hari ni aku nak berkongsi rasa dengan semua.

Hari ini aku nak bercerita tentang sesuatu. Cukuplah kalau aku kenalkannya sebagai J. Aku mengenali J sejak tahun 2001. saat pertama kali aku bertemu dengannya aku terus jatuh hati. Mungkin ini rasanya cinta pandang pertama. Aku hulurkan salam perkenalan kerana aku benar-benar memerlukannya kala itu. Melihat rakan-rakan lain sudah berpunya hati aku berdetik sampai bila aku harus mendaki bukit ke kuliah berseorangan?Tanpa ragu-ragu aku yakin J adalah pilihan yang tepat. Hubungan aku dengan J pada mulanya agak kekok. Beberapa kali aku menyakitinya walaupun aku tidak berniat melakukannya. Mungkin kala itu aku terlalu gopoh. Namun dari hari ke hari aku semakin serasi bersamanya. Hubunganku dengannya bertambah rapat. Ke mana sahaja aku pergi J pasti bersama. Saat itu paling berharga. Aku pasti tempang tanpa J. J juga yang akan menemaniku sepanjang masa tatkala aku susah dan senang. Biarpun aku pernah meninggalkannya berhari-hari kerana kesibukkanku mengikuti aktiviti debat, J masih setia denganku. Tidak pernah dirinya meragam. Kadangkala J turut sibuk bersamaku dan ahli-ahli De’Pikir yang lain. Aku amat sayang pada J. Namun setelah 5 tahun bersama aku dapati hubungan ini makin longgar ditambah tekanan yang aku terima dari keluargaku yang memaksa aku untuk berpisah dengan J. Aku bertegas tidak mahu, aku katakan pada mereka yang aku mahu tunggu empat tahun lagi, apabila kewanganku sudah stabil segalanya . Tapi takdir penentu segala. Restu keluarga itu amat penting. Atas nasihat keluarga aku terpaksa melupakan J. Segala perasaan kasih kepadanya perlahan-lahan ku buang jauh. Harapanku agar tuannya yang baru dapat menjaganya sepertimana aku. Selamat tinggal JEA 3085, KANCIL kesayanganku.......

1 comment: