Thursday, 20 April 2006

Welcome to Beaufort!!!Ha 19th April haritu I got a meeting kat beufort Sabah. Lucky me this is my third time to Sabah and first time going to Beaufort. Nasib baik my boss got another meeting that day so he sent me as his representative. Haha!Aku pergi Sabah jam 12tghari and my flight ke Kota Kinabalu because antara Beaufort dengan KK just satu jam setengah and lagipun memang aku bercadang nak pergi KK dulu because I want to go to Pasar Filipina to buy souvenirs for my mom, anak emak katakana. So I arrived kat KK jam 2.30pm so terus pergi hotel and aku menginap di Hotel Shangrila KK. The hotel was okay. In the middle of the town, depan panggung wayang and jalan kaki pun boleh sampailah ke Pasar Filina tu so after sampai hotel aku pun apa lagi terus ke pasar tu. Dari jam 3 sampai 7 aku boraong kat situ. I bought 7 brooches for my mom, tshirt Sabah, kain yang buat hiasan tu, gelang for my niece. Kira-kira habis RM200 lebih jugakler, yelar bukan senang nak datang Sabah free ye tak?? Then I went to Centre Point just jenjalan jer, takder benda yang menarik. Then terus pergi Mega Pavillion di depan hotel aku. I plan to watch Gubra but terlepas tayangan then aku tengok jerlah The Wild. Ceritanya ala-ala Madagascar but a lot of new animals like snake, koala (cute giler!!), buaya yang hiphop. The story is campuran Finding Nemo + Madagascar but malas nak citer panjang-panjang kat sini. Apa kata u guys tengok sendiri. For me tak rugiler tiket RM8.00. Then balik hotel, mandi semua and tidur. Esok paginya aku bangun awal jugak. Pukul 8 baru bangun. Yelar Pukul 8 kat Sabah macam dah pukul 9 kat Semenanjung. Pergi breakfast ala-ala orang kaya kat cafĂ© hotel tu. Then kemas barang because aku kena check out terus dari hotel. Then jam 10.30 drebar mahkamah Sabah amik aku kat hotel. Dibawa berjumpa Encik Ahmad Ali, EO Mahkamah Sabah. Borak-borak ngan dier semua. He was really cool!!Perjalanan ke Beaufort mengambil masa 1 jam setengah ditambah dengan cuaca yang panas ditop up lagik dengan jalan yang teruk so aku pun tertidur gak dalam Four Wheel Drive yang dipandu. Sampai di Beaufort tepat jam 1pm. Encik Ahmad belanja lunch. Makan Udang Galah, Kangkung Masak Belacan and Ikan Sweet Sour. Kira memang puas lah makan. Thanx Encik Ahmad. Pekan Beaufort taklah besar sangan, memang tak besar pun. Ala-ala Baling, Kedah jugak. Ha, bila tengok tempat tu. Thank God I am The Johor Bharurean!!!hahah, Pukul 2 terus ke tapak projek for the meeting. Aku malas nak citer pasal meeting tu Cuma apa yang boleh cakap projek ni dah nak jadi projek sakit. The progress is to slow dan reason kontraktor because of heavy rain. Yang orang JPPS tu pun satu, tak tegas. Cam lembut jer. Tapi tak taulah maybe Tuhan Maha Kuasa. After that meeting terus hujan lebat turun dan aku pun “ok”. Balik dari Beaufort jam 4, before that sempat lagi Encik Ahmad belanja Pau Pandan Beaufort!! Sedap giler….pastu terus bertolak ker Aiport KK. Nasib baik flight aku yang dijadualkan jam 7.15pm then aku check in ader flight earlier than that, so aku pun naiklah flight jam 6.05pm..tu jerlah citer aku dua hari di Sabah…..

Wednesday, 19 April 2006

J....Suatu Kenangan

Dah lama rasanya aku tak bermadah. Sejak meninggalkan zaman Redaksi masa sekolah dulu aku dah jarang menulis tapi rasanya hari ni aku nak berkongsi rasa dengan semua.

Hari ini aku nak bercerita tentang sesuatu. Cukuplah kalau aku kenalkannya sebagai J. Aku mengenali J sejak tahun 2001. saat pertama kali aku bertemu dengannya aku terus jatuh hati. Mungkin ini rasanya cinta pandang pertama. Aku hulurkan salam perkenalan kerana aku benar-benar memerlukannya kala itu. Melihat rakan-rakan lain sudah berpunya hati aku berdetik sampai bila aku harus mendaki bukit ke kuliah berseorangan?Tanpa ragu-ragu aku yakin J adalah pilihan yang tepat. Hubungan aku dengan J pada mulanya agak kekok. Beberapa kali aku menyakitinya walaupun aku tidak berniat melakukannya. Mungkin kala itu aku terlalu gopoh. Namun dari hari ke hari aku semakin serasi bersamanya. Hubunganku dengannya bertambah rapat. Ke mana sahaja aku pergi J pasti bersama. Saat itu paling berharga. Aku pasti tempang tanpa J. J juga yang akan menemaniku sepanjang masa tatkala aku susah dan senang. Biarpun aku pernah meninggalkannya berhari-hari kerana kesibukkanku mengikuti aktiviti debat, J masih setia denganku. Tidak pernah dirinya meragam. Kadangkala J turut sibuk bersamaku dan ahli-ahli De’Pikir yang lain. Aku amat sayang pada J. Namun setelah 5 tahun bersama aku dapati hubungan ini makin longgar ditambah tekanan yang aku terima dari keluargaku yang memaksa aku untuk berpisah dengan J. Aku bertegas tidak mahu, aku katakan pada mereka yang aku mahu tunggu empat tahun lagi, apabila kewanganku sudah stabil segalanya . Tapi takdir penentu segala. Restu keluarga itu amat penting. Atas nasihat keluarga aku terpaksa melupakan J. Segala perasaan kasih kepadanya perlahan-lahan ku buang jauh. Harapanku agar tuannya yang baru dapat menjaganya sepertimana aku. Selamat tinggal JEA 3085, KANCIL kesayanganku.......

Tuesday, 11 April 2006

Suzana@60

Dah seminggu berlalu tapi nak cerita gak dalam blog nier...haa on 6th April 2006 aritu buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk melihat teater muzikal Suzana@60. Rasa cam tak percaya impian selama ni tercapai gak akhirnya..hahahah. Anyway thanks to Mokhtar kerana berjaya mendapatkan tiket free, yelar die kejer kat KeKKWa so wajibler kena dapatkan..heheh, aku gier tengok bersama-sama ngan Nani, Linda, Mokhtar (kawan Mokhtar), Mokhtar, Din, Burn and kawan Burn. Show start pukul 8.30pm so kiterorg bertolak dari rumah pukul 7pm. Aku yang drive keter, then sesat 3 kali padahal dah nampak IB kat depan tapi siap salah masuk jalan 3 kali lagi tapi takperkah manage tuk sampai IB pukul 8pm so sempat sembahyang maghrib dulu kat surau. Then terserempakler ngan Pak Ngah, Abon and of course Fazura. Pastu show yang sepatutnya start pukul 8.30 tetiba pukul 9 baru masuk dalam dewan. Tempat kiteorg paling atas sekali so tak clear sangat ler tapi takperlah..janji free. Masuk2 jer cam dah rasa kat Kodak Thetare Hollywood nak tengok Academy Awards..heheh tapi memang class ler IB!!Then pukul 9.15pm show pun start. Aku taknaklaha citer banyak bout the show cuma apa yang nak aku tuliskan memang best show tu. Aku kagum ngan set dier yang bertukar2 and mengembalikan zaman 60an. Even aku tak lahir lagik time tu tapi suasana dier memang terasa. Dengan rangkaian lagu-lagu yang best cam Syurga Idaman and Tak Mengapa by Orkes Nirwana cam memang best ler. Memang patut Sold Out!!Dari segi lakonan pun best..congrats to Zul Yahya, Roy Azman and of course fazura. walaupun ni teater pertama dier tapi memang hidup lakonan dier. Overall aku amat berpuas hati dengan kunjungan pertama ke IB nier.then terbayang plak betapa ruginya tak tengok PGL aritu...tapi takperlah..looking forward Lantai T Pinkie end of this month...