Wednesday, 22 February 2006

Akhirnya...

Edisi KL : Siti, Datuk Khalid sedondon

Oleh Hartati Hassan Basri

KUALA LUMPUR: Warna sedondon yang dipilih penyanyi Siti Nurhaliza dan Pengerusi Ace Group Company, Datuk Khalid Muhd Jiwa ketika Malam Amal Kasih di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi, seolah-olah memberi petanda kepada umum mengenai hubungan mereka berdua.

Siti kelihatan manis dengan gaun ungu serta hiasan bunga orkid warna ungu di kepala manakala Khalid segak berbaju batik warna ungu.

Malah, lagu lama yang dipopularkan Anneke Gronloh, Asmara yang dipersembahkan Siti pada awal persembahannya, sekali lagi meyakinkan penonton bahawa penyanyi berusia 27 tahun itu sedang dilamun cinta.

Sejak tahun lalu, Siti dikatakan menjalin hubungan intim dengan tokoh korporat yang hanya dikenali sebagai Datuk K.

Justeru, kemunculan mereka pada malam tadi sememangnya dinantikan media untuk mendapatkan kepastian daripada kedua-dua pihak mengenai hubungan mereka.

Jurugambar juga bersedia untuk merakamkan gambar Siti bersama Khalid apabila semua penyanyi yang menjayakan Malam Amal Kasih diminta bergambar bersama penganjur dan pihak yang memberi sumbangan.

Bagaimanapun, Khalid tidak naik ke pentas.

Apabila wartawan cuba mendapatkan pengesahan mengenai hubungan mereka, baik Siti mahupun Khalid enggan menjawab soalan berkenaan dengan alasan yang sama iaitu mereka hadir untuk majlis amal dan tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi.

2_3
TANDA TANYA…wartawan dan jurugambar mengerumuni Siti Nurhaliza
berhubung kehadiran Datuk Khalid dalam majlis Malam Amal Kasih, malam tadi.
— Gambar HASRIYASYAH SABUDIN

“Saya tidak mahu menjawab soalan ini. Saya berada di sini atas urusan profesional iaitu penyanyi yang menjayakan Malam Amal Kasih.

“Saya hanya bersedia menjawab soalan berkaitan persembahan malam ini. Biarlah persoalan itu terus menjadi teka-teki,” kata Siti tetap tenang ketika ditemui di belakang pentas.

Malam Amal Kasih anjuran bersama Ace Event Management Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ace Group dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), bertujuan mengutip dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Semua hasil kutipan pada malam itu akan disalurkan kepada Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia dan Tabung Bersamamu TV3. Turut hadir Pengarah Urusan Ace Event Management, Zaiton Muhd Jiwa.

Selain Siti, Malam Amal kasih dijayakan oleh penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang, Jamal Abdillah, Nita dan Adibah Noor. Adibah juga menjadi pengacara majlis bersama Fauziah Ahmad Daud.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penaung Malam Amal kasih, turut menyanyi serta berduet dengan Hetty dan Siti.

Rosmah juga menyampaikan replika cek bernilai RM40,000 untuk Tabung Bersamamu dan RM80,000 untuk Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia.

sumber:

Harian Metro

Akhirnya….rahsia Datuk K terjawab jua…sebagai antara jutaan peminat siti aku nak komen jugak pasal nier..sebenarnyer aku tak kisah pun kalau siti nak kawing ngan sesaper, ngan Datuk K ker, Anuar Zain ker, Fazley ker..yang penting pas kawin nyanyi lagi..buat album lagik cukupler….

No comments:

Post a Comment