Sunday, 26 February 2006

Anugerah Bintang Popular 2005

Mawi: Bintang Paling Popular 2005

Akhirnya berlangsung sudah ABP05, 26/02/06. tahniah kepada Mawi kerana berjaya mengalahkan Siti Nurhaliza untuk gelaran Bintang Paling Popular 2005, so tiga keretalah si Mawi ada sekarang 1. Suzuki Swift (Juara AF3), 2.Proton Savvy (Model ProtonEdar), 3.Kia Optima (BPP 05), bertambah kaya anak Pak Atan.

Bagi aku banyak keputusan yang boleh dijangka cuma aku terkilan sikit sebab Erra Fazira tak menang untuk kategori Pelakon Wanita Popular. Maybe last year Erra kurang berlakon heroin kot, tapi camnapun maya memang deserve jugak, yelar PHSM2 kan meletup tahun lepas. Apapun ABP05 nie cam boring jugak, persembahan takder yang outstanding, suma cam biaser cuma macam Anita Sarawak punya persembahan cam best kalau tengok live, kalau tengok kat rumah emm..biasa jer. Anyway tahniah kepada para pemenang!!!

Wednesday, 22 February 2006

Akhirnya...

Edisi KL : Siti, Datuk Khalid sedondon

Oleh Hartati Hassan Basri

KUALA LUMPUR: Warna sedondon yang dipilih penyanyi Siti Nurhaliza dan Pengerusi Ace Group Company, Datuk Khalid Muhd Jiwa ketika Malam Amal Kasih di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi, seolah-olah memberi petanda kepada umum mengenai hubungan mereka berdua.

Siti kelihatan manis dengan gaun ungu serta hiasan bunga orkid warna ungu di kepala manakala Khalid segak berbaju batik warna ungu.

Malah, lagu lama yang dipopularkan Anneke Gronloh, Asmara yang dipersembahkan Siti pada awal persembahannya, sekali lagi meyakinkan penonton bahawa penyanyi berusia 27 tahun itu sedang dilamun cinta.

Sejak tahun lalu, Siti dikatakan menjalin hubungan intim dengan tokoh korporat yang hanya dikenali sebagai Datuk K.

Justeru, kemunculan mereka pada malam tadi sememangnya dinantikan media untuk mendapatkan kepastian daripada kedua-dua pihak mengenai hubungan mereka.

Jurugambar juga bersedia untuk merakamkan gambar Siti bersama Khalid apabila semua penyanyi yang menjayakan Malam Amal Kasih diminta bergambar bersama penganjur dan pihak yang memberi sumbangan.

Bagaimanapun, Khalid tidak naik ke pentas.

Apabila wartawan cuba mendapatkan pengesahan mengenai hubungan mereka, baik Siti mahupun Khalid enggan menjawab soalan berkenaan dengan alasan yang sama iaitu mereka hadir untuk majlis amal dan tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi.

2_3
TANDA TANYA…wartawan dan jurugambar mengerumuni Siti Nurhaliza
berhubung kehadiran Datuk Khalid dalam majlis Malam Amal Kasih, malam tadi.
— Gambar HASRIYASYAH SABUDIN

“Saya tidak mahu menjawab soalan ini. Saya berada di sini atas urusan profesional iaitu penyanyi yang menjayakan Malam Amal Kasih.

“Saya hanya bersedia menjawab soalan berkaitan persembahan malam ini. Biarlah persoalan itu terus menjadi teka-teki,” kata Siti tetap tenang ketika ditemui di belakang pentas.

Malam Amal Kasih anjuran bersama Ace Event Management Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ace Group dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), bertujuan mengutip dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Semua hasil kutipan pada malam itu akan disalurkan kepada Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia dan Tabung Bersamamu TV3. Turut hadir Pengarah Urusan Ace Event Management, Zaiton Muhd Jiwa.

Selain Siti, Malam Amal kasih dijayakan oleh penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang, Jamal Abdillah, Nita dan Adibah Noor. Adibah juga menjadi pengacara majlis bersama Fauziah Ahmad Daud.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penaung Malam Amal kasih, turut menyanyi serta berduet dengan Hetty dan Siti.

Rosmah juga menyampaikan replika cek bernilai RM40,000 untuk Tabung Bersamamu dan RM80,000 untuk Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia.

sumber:

Harian Metro

Akhirnya….rahsia Datuk K terjawab jua…sebagai antara jutaan peminat siti aku nak komen jugak pasal nier..sebenarnyer aku tak kisah pun kalau siti nak kawing ngan sesaper, ngan Datuk K ker, Anuar Zain ker, Fazley ker..yang penting pas kawin nyanyi lagi..buat album lagik cukupler….

Terima atau Tidak??

Previous | Next | Back to Messages Call or Instant Message gknan1

DeleteReplyForwardSpamMove...

Printable View This message is not flagged. [ Flag Message - Mark as Unread ]

Date: Wed, 22 Feb 2006 06:51:59 +0000 (GMT)
From: Send an Instant Message "gk harris" Add to Address BookAdd to Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.com. Learn more
Subject: Re: Urgent - sesiapa mahu tukar ke JPJ Johor
To: "salekhan"

Hi.....I ada family problem la.....my parents takde org jaga kat sini.....somemore my wife keje kat KL.......thats why la.......
.....kerja kat sana no problem....I dah check ngan JPA...memang boleh tukar suka sama suka nie.....and one more thing, kalau u nak accomodation kat JB pun no problem sebab JPJ bagi stay kat Academy JPJ utk sementara waktu.
....so i mmg mengharap sgt nie kalau ada sesapa nak tukar......dan lagi cepat lagi senang.....sebab I dah dpt approval dr JPJ HQ utk tukar......kalau u nak, call i 0122146409 cepat2 sebab I ada appointmnt dgn JPA besok pagi.
.....and u lak which dept/ministry???
Gobi

salekhan wrote:

hai gobi...kenaper nak tukar??...emm...i'm macam interested sahaja nak
ke saner becoz i'm from jb...lastly boleh ke kalau tukar suka sama
suka nier???

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

DeleteReplyForwardSpamMove...

Previous | Next | Back to Messages Save Message Text | Full Headers
- I got this email last day...emmm...tak taulah nak kata, cam doa tu nak dimakbulkan Tuhan, kalau aku tukar i can go back to JB, tak payah pikir soal sewa rumah, tak payah pikir nak ganti housemate, tak payah pikir malam nie nak makan apa??,AAARRRGGHhhhhhh.....kenapala tawaran nie lewat sampai kat aku, kalau first aku masuk memang no doubt aku tukar tapi sekarang nie duduk CPPM macam dah ok, boss ok,colleaque ok memang dah oklah, selalu outstation..emm..maybe apa yang berlaku ada hikmahnya..kalau dulu aku 'benci' Encik Harris JPA sebab menukarkan aku ke sini and sekarang aku bersyukur amat dapat di sini...Sebab kadang-kadang aku selalu buat keputusan yang aku akan menyesal kemudian hari....aku taknak kalau aku tukar JB suatu hari aku akan toleh belakang dan cakap 'kenapalah aku tak stay Putrajaya???' takperlah sekarang nie aku doa semoga perjalanan aku di sini akan bertambah baik, dan semoga Kak Wah dapat mengajar di UKM, kalau itu berlaku Alhamdulillah, senang sikit hati aku......

Sunday, 12 February 2006

Pertama

Emm...ada dua perkara yang berlaku kali pertama dalam hidup aku last week. 1st - hahah taklah gempak sangat tapi aku dapat gi Sarawak for the first time, itupun sebab ikut bos aku, Encik Syed gie meeting di Wisma Bapa Malaysia, walaupun it just for 2 days but it was an amazing experience. Aku stay kat Hotel Crown Riverside Kuching bebetul depan Waterfront, kira sempatlah amik beberapa gambar dengan juru fotonyer aku sendiri, anyway hope dapat stay lama lagik di Kuching then lengkaplah hidup aku skarang nier sebab dah dapat travel semua negeri di Malaysia, looking forward ke oversea pulak lepas nier..heheh hope dapat kan, tak gie study sana dapat melancong pun jadikler....

2nd - finally i got my paycheck for the first time ever, kira nielar gaji sulung aku, actually check dapat hari selasa tapi sebab aku guna BCBB so kena tunggu tiga hariler baru dapat...emm..aku bagi my parents RM 400 tercapai hajat aku nak bagi duit kat mak+ayah yang dah sangat teramat bersusah payah besar, sekolahkan aku even aku nak start kejer nier dieorg still lagi bertungkus lumus carikan duit walaupun aku tau dieorg sebenarnyer takder duit pun...alhamdulillah sempat gak aku bagi kat dieorang......

dua perkara 'first time' yang berlaku dalam hidup bawak banyak pengertian bagi aku...semoga hidup akan terus diberkati olehNYA..insyaALLAH