Nampaknya selang masa antara blog ni dah makin lama, nampaknya semangat tu macam dah hilang...hahah tapi jangan risau Insyaallah aku akan update dari semasa ke semasa walaupun tak taulah sapa jek yang baca kan...hehe.
Okay nak sambung perjalanan aku ke Chiang Rai untuk hari yang ke-3 ni.
Sebenarnya, untuk hari ke-3 di Chiang Mai ni, jatuh pada 1 Mei 2014 iaitu bersamaan dengan Hari Buruh jadi tak dapatlah kami nak melawat ke universiti sebab tengah cuti kan. Pada mulanya, sebelum bertolak Pengarah program dah beritahu harini masing-masing free jadi masa sampai aku dah sibulah cari pakej untuk sampai ke Golden Triangle semua sebab takkanlah satu hari nak duduk hotel kan. Last minute tukar plan yang kita semua akan naik bas ke Golden Triangle dan tempat-tempat yang lain. Jadinya terpaksalah aku cancelkan dengan driver taksi yang bawak kami ke hotel pada first day. Kesianlah jugak, nasib die okay. Dan terus kami ikut plan yang dibuat oleh Pengarah Program tapi sebenarnya sama je dengan program yang aku rancang.
Oleh kerana perjalanan ni akan ke Chiang Rai dan mengambil masa lebih 3 jam maka kami bertolak seawal jam 6.30 pagi tapi sebenarnya dah siang pun kalau kat Chiang Mai ni. Lepas sarapan kami bertolak menaiki bas dengan tour guide yang sentiasa ceria. First stop yang kami sampai setelah lebih kurang 1 jam berjalan ialah HOT SPRING, Chiang Rai. Kawasan taklah besar sangat, just nice. Ada tempat souvenir and the best is kalau nak boil egg kat situ pun boleh dan terus makan. Aku taklah buat sebab nampak air macam kotor jugak. Tak lalulah nak makan. Tapi bolehlah nak rendam kaki feeling macam dekat spa. Kami tak lama kat sini lebih kurang dalam 1 jam lebih je sebab perjalanan ke Chiang Rai masih jauh lagi sebenarnya. Dan ada beberapa lagi lokasi yang perlu kami tuju.
Lepas semua dah ready kami seterusnya bertolak ke WAT RONG KHUN atau dikenali sebagai WHITE TEMPLE. Kenapa white temple? Sebab masuk je kat pintu tersergam kuil Buddha yang berwarna putih salju ni yang digambarkan sebagai kesucian Buddha tu. Untuk masuk ke kuil ni terdapat satu jambatan dan di sebelahnya terdapat macam gapaian tangan-tangan yang diukir dengan begitu cantik dan teliti. Dengan cuaca yang sangat panas, tapi aku gagahkan jugak berjalan mengelilingi kuil ni sambil bergambar. Tapi tak masuklah just lalu kat luar je. Kemudian di kawasan sebelah kuil tu, terdapat bangunan berwarna emas. Ingatkan macam istana tapi sebenarnya tandas awam ye. Gigih aku masuk jugak toilet ni sebab nak tengok keadaan dia, tapi memang bersih dan kalau nak masuk kena ganti selipar yang disediakan.
Hot Spring |
Boil Egg |
Air Panas |
This is how they boill the egg |
Gapaian Tangan |
Tandas Awam |
White Temple |
Selesai je di White Temple, kami singgah untuk makan tengahari. Dengan cuaca bertambah terik memang bertambah rasa lapar dan dahaga. Kami singgah di Sakina Islamic Food. Nampak kedai kecik tapi makanan memang terbaik! Kemudian kami, bergerak ke MUSEUM HOUSE OF OPIUM. Museum ni merupakan sebuah museum yang memaparkan sejarah perdagangan opium di Chiang Rai. Dahulunya, memang kawasan ini sangat terkenal dengan perdagangan tersebut. Untuk masuk ke museum ni kena bayar 50 baht, dalam RM5 duit kita. Mulanya ingat memang taknak masuk tapi fikir balik alang-alang dah sampai, aku masuk lah jugak. Walaupun kecil, tapi sebenarnya banyak info bukan sahaja pasal opium tu tapi sejarah bandar ini sendiri. Dalam ni pun sebenarnya ada jual souvenir dan fridge magnet yang boleh tahan murah.
Lepas dari museum masing-masing bergerak ke GOLDEN TRIANGLE. Aku terus menuju ke landmark yang ada batu tanda segitiga emas ini. Dari kejauhan dah nampak dah Kasino di kawasan sebelah Laos. Untuk makluman segitiga ini adalah pertemuan antara 3 negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Ada juga perkhidmatan bot ke Laos tapi kami tak ambil lah. Just ke batu tanda, ambil gambar dan melihat pemandangan sekeliling. Di sebelah kawasan pun terdapat banyak pilihan souvenir untuk dibeli. Tapi memang aku dah target hanya akan beli di Chiang Mai jek. Lepas puas ambil gambar, kami bergerak untuk menunaikan solat Jamak Takhir di sebuah masjid berdekatan iaitu MASJID ANNUR, Mae Sai. Sebenarnya, kalau travel kat Thailand ni rasanya tak perlu risau sangat sebab tak susah nak cari Masjid tapi mungkin tengok daerah mana yang kita pergi. Selesai solat kami bertolak ke MAE SAI iaitu sempadan antara Thailand dan Myanmar. Kira kalau kat Malaysia ni macam Padang Besar, Woodland haa macam tulah. Mae Sai ini juga dikenali sebagai The Northern Most of Thailand. Turun je, kami semua bergerak ke arah pintu gerbang untuk lihat kawasan Myanmar, tapi just tengok dari jauh lah sebab kalau kita nak masuk memang kena apply visalah tapi sebab macam takda apa je kat sana kami just ambil gambar. Kami ada masa 1 jam je kat sini sebab nak bergerak balik ke Chiang Mai pulak. So, masa yang ada untuk bersiar-siar kat kawasan yang dipenuhi dengan kedai cenderamata dan makanan. Lagi dah nak malam, lagi meriah dengan pelbagai gerai makanan yang baru dibuka.
Kemudian kami bergerak ke sebuah masjid di kawasan berhampiran untuk solat Jamak Maghrib dan Isyak. Aku lupa nama masjid ni tapi memang besar dan cantik. Seni binanya macam chinese style. Plan asalnya, lepas solat nak mencari restoran untuk dinner. Tapi bile sampai restoran tu rupanya tutup. Pergi cari restoran yang lain, dan sampai ke satu restoran yang pada mulanya memang dah tutup. Sekali agaknya dia tengok ramai pula yang datang terus bukak balik dan start masak. Aku macam skeptikal sikit sebab keadaan restoran macam agak kotor tapi telanlah jugak sebab bila bergerak dengan tour ni kita kena agree lah dengan majoriti kan. Mula pesan roti canai je sebab aku cam kenyang lagi, dan ada yang order nasi goreng. Rasa not bad jugak ataupun memang dah lapar. Huhu. Lama lah jugak kat restoran ni. Maklumlah baru nak masak nasi semua kan. Kami bertolak balik ke Chiang Mai jam 9.00 malam dan akhirnya sampai dalam jam 12.00 tengah malam. Sampai je terus masuk hotel dan tidur.