Finally, setelah bertungkus lumus sebagai Pengarah Program majlis Jom Balik Kampung 959 akhirnya berjaya diadakan. Korang mungkin tak paham kan program apakah ini?Sebenarnya program ni ialah Reunion our Batch, ikut tradisinya lepas 10 tahun ada reunion so kitaorang pun mengikutlah tradisi tu. Thanx to azfar yang menjadi 'pencetus' kepada segala-galanya..heheh. So program berlangsung selama 3 hari start 8-10 Mei 2009 di Sdar baru and SDAR lama....
8 Mei 2009 (Jumaat)
Aku bertolak ke Seremban jam 7mlm, budu datang rumah aku then amek nazren kat teras jernang pastu terus bergerak ke SDAR, sampai kat SDAR lebih kurang 8.30mlm sebab tak tau kenapa banyak sungguh kereta kat highway. Sampai, cikgu Mat dah ada dah menyambut kitaorang tapi bebudak lain masih belum muncul lagik, aku ngan budu dah takut dah kalau-kalau program ni tak dapat sambutan walaupun ramai yang dah setuju nak hadir. Bebudak SDAR pun dah berkumpul dalam dewan untuk mendengar aktivit pertama kitaorang. Bila jam 8.45mlm barulah bebudak muncul sikit demi sikit, buruj,zafwad,basit ayie,pure,slimer, bohjan,boss,sad,buyut dan lain-lain...kami pun masuk dewan untuk memulakan aktiviti CAREER TALK. Aktiviti ni pada mulanya secara santai je untuk berkongsi pengalaman bersama-sama bebudak junior SDAR tentang pengalaman abang-abang dieorang ni. Namun sambutan diberi memang meriah, kami disambut dengan tepukan dan persembahan silat oleh bebudak junior ni.Thanx for welcoming us!!Adalah lebih kurang 20 orang 959 yang datang malam tu tapi kitaorang pun paham sebab harini Jumaat and ramai yang kerja so diorang plan untuk datang esok. So, aktiviti bermula dengan sesi pengenalan diri oleh BUDU dan memperkenalkan rakan-rakan lain.Then Mayat pulak take place untuk cerita pengalaman di luar SDAR dan dalam SDAR pastu barulah pecah kepada beberapa kumpulan seperti Engineer, Business, Doctors,IT and also Films (Bohjan punya part dan dapat sambutan hangat!) PTD pun kena pecah jugak tapi tak ramai yang berminat nak ambil tahu pasal PTD ni..hahah tak glamer...Aktiviti habis around jam 11.00malam dan kitaorang pun bergerak ke tempat makan di Ampangan!Then berulah bebudak Johor sampai (Chemax,Noni and Tompel). Pas makan terus balik ke SDAR sebab kitaorang tumpang asrama dieorang. Thanx kepada cikgu Sahak kerana bilik-bilik ni walaupun pelbagai halangan berlaku!Pas mandi, flashback semula dengan rakan-rakan yang lain....habis hari pertama..
9 Mei 2009 (Sabtu)
Sebab semalam tidur lambat, bangun pun masing-masing jam 9 lebih. Pas mandi, kami terus turun bawah ke dewan untuk menyambut rakan-rakan yang lain. Pagi memang takda aktiviti sebab mulanya rancang untuk buat aktiviti sukan tapi disebabkan junior ada bengkel kami tangguhkan ke petang, so first aktiviti yang dibuat ialah LUNCH DI DINING HALL. Pukul 12.00 lepas semua berkumpul, kami bergerak ke dining hall untuk makan tengah hari. Walaupun tak makan kat tray tapi yelar mengimbau lah jugak memori-memori lama ni walaupun ianya bukan dining hall sdar lama. Pas makan, kami buat meeting jap untuk dinner malam ni dan bincang apa agenda seterusnya yang patut dibuat oleh 959 dan sesi bergambar dalam dining. Pastu aku, budu dan slimer terus gerak ke seremban 2 jusco untuk beli hadiah cikgu for dinner. Setelah puas bertekak, kami sepakat membeli vase kristal untuk cenderamata cikgu cikgu yang akan datang malam ni. Bertekak jugak pasal ribbon dan budu akhirnya menang dengan ribbon warna pinknya walaupun ditentang oleh slimer!hahaha..balik ke sekolah balik terus ke padang sebab sport tengah berlangsung. Masa tu game rugby dan aku rasa lega sebab tengok makin ramai 959 dah datang, tak kosong dewan dalam tu nanti.Kitaorang buat dua sukan ragbi ngan football dan berlangsung dnegan happeningnya. Masing-Masing walaupun telah 'berumur' tapi tetap maintain power!!Sukan habis kul 6.45 pastu kelam kabut aku, nazren and slimer ke hotel untuk aktiviti JOM BALIK KAMPUNG DINNER kat Allson Klana Resort kat seremban, dengan jalan yang jam semua aku sampai dah dekat pukul 8.00, lepas check in dengan tak mandi terus salin baju and turun bawah balik coz HM, Tuan Haji Azam dah sampai dan majlis nak mula, aku kenalah turun awal sebab jadik MC, Walaupun aku sorang jek ikut tema warna malam tu tapi takperlah. Aku lega tengok ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa seperti emon, arif farimin, lanun, abuya, bulat,ekah dan ramai lagilah yang datang walaupun sibuk kan. Cikgu-cikgu pun supportive untuk datang. Thanx to cikgu Zainah, cikgu Sahak, cikgu Azlan Rahmat,cikgu Salehuddin, cikgu Mat and also Cikgu Mat Azalan walaupun terlewat. Dinner berlangsung dengan best!Especially congrats to Bohjan yang berjaya menghasilkan video yang amat touching. Rasa sebak pulak!Seriously best die punya video!!Makan pun best walaupun ada orang 'kutuk' aku aku tak pilih international buffet kan...last-last dia yang tambah banyak kali kata daging tu sedap!!hahahaPas dinner ada sesi bergambar and so much fun, segala kenangan semua flashback balik. Ikut kelas masa form 4-5 ler masa form 1-3 lah, ikut rumah sukan lah, form4 barulah dan macam-macam lagilah!Pas dinner habis semua check in bilik then aku,nazren,jawa g keluar kat seremban untuk g karoks tapi pergi-pergi je dah tutup!Ntah apa-apa jek, makan kat mamak then kul 2.00 baru balik. Singgah bilik Chemax borak-borak sampailah kul 4.00.
10 Mei 2009 (Ahad)
Hari terakhir kat seremban. Masing-masing bangun lambat. Kami punyalah rushing bangun sampai tak sempat sarapan, last-last tengok masih ramai lagi yan tak bangun. Kul 11.00 masih lagik tak ramai kitaorang gerak dulu ke SASER sebab nak melawat SDAR lama kan..mengimbau kenangan. Takda banyak aktiviti kat sini, cuma lawatan jek, ke blok D, Dining Hall, Kelas-kelas lama tu jek..tapi rasa sebak jugak tengok yelah 5 tahun kat situ kan, susah senang, pahit manis dengan kawan-kawan...lawatan habis kul 2.00ptg dan lepas sesi bergambar kami terus bergerak balik but sebelum tu sempat singgah makan kat Hj Samuri kat N. SEmbilan ni..then terus bergerak balik....
Thanx to Budu, Nazren, Boss, Azfar, Chuen, Slimer yang sama-sama mengerakkan Program ni, kepada rakan-rakan 959 yang lain, terima kasih atas sokongan, kepada Cikgu-Cikgu Sdar especially cikgu Sahak, cikgu Mat and cikgu Hazman a.k.a Kayu thanx atas bantuan dan sokongan. Semoga kita berjumpa lagi 959....
Wednesday, 27 May 2009
EDISI BUMPER!!
Lama benar aku tak mengupdate Blog ni sebab dalam tempoh beberapa minggu ni a lot of things happen, ada yang sedih ada yang suka, sampai aku tak tau nak mula dari mana..tapi nantikan ya bumper issue ni...
Monday, 11 May 2009
Budaya Membaca
4 Mei 2009 (Isnin), sementara tunggu Lee datang untuk fetch aku balik kerja, sempat singgah Alamanda. Sampai sana tiba-tiba jumpa Khamrul dengan Azizul. Tengok diorang main boling, pastu aku pergi MPH, nak beli magazine tapi tiba-tiba rasa nak beli buku pulak. Aku cari buku Surat Daripada Dr Mahathir tulisan Zainuddin Maidin tapi takda stok, aku minta diorang book kan buku tu kat MPH MidValley. Tapi aku tetap beli buku jugak iaitu buku Saya Pun Melayu karya Datuk Zaid Ibrahim dengan Blog Merentas Halangan karya Dr Mahathir Mohamad. Sambil tu aku buat jugak Kad MPH tu setelah sekian lama nak buat. So sekarang, aku baru mula baca Saya Pun Melayu tu…Insyaallah baru nak pupuk balik minat membeli dan membaca buku ni.Hehehe….
Selamat Pengantin Baru Anisah + Faizal
2 Mei 2009 (Sabtu), aku, huda, kamrul, tra, pakdat, roy, din dan azizul ke Majlis Perkahwinan seorang lagi ahli Kelab De’Pikir, Anisah dan pasangannya Faizal. Lebih istimewa kedua-dua mempelai ni disatukan melalui Kelab De’Pikir, pendek kata kitaorang ni antara saksilah permulaan percintaan diaorang ni. Kami bertolak selepas zohor sebab tunggu pakdat dari rumah kawan dia. Bertolak dengan kereta aku, sama dengan huda, kamrul dan tra, tunggu pakdat di RnR Seremban. Sampai kat Melaka tunggu pulak Salehudin dan terus ke Umbai. Masing-masing takda map jadi adalah sesat jugak.Sampai jek kat rumah pengantin dalam jam 4.30petang. Khemah semua dah kemas, nasib baik ada makanan lagi!Dahlah tak lunch!hehehe..sampai makan dulu sambil tunggu pengantin yang keluar tangkap gambar. Dalam jam 5.00 pengantin sampai, tangkap gambar then terus bertolak balik. Selamat Pengantin Baru Anisah dan faizal. Semoga kekal hingga ke akhir hayat!
Subscribe to:
Posts (Atom)